PROSES PEMILIHAN INFOMEDIARIES

Pengumuman tentang peluang untuk memohon sebagai infomediaries dilakukan menerusi media seperti radio, akhbar, laman-laman web dan menerusi poster-poster yang disebarkan di institusi-institusi pengajian tinggi dan juga agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Langkah-langkah:

  • Isi borang permohonan infomediaries secara onlineinfomediarieskperak@gmail.com
  • Calon-calon yang berkelayakan akan diminta menduduki satu ujian bertulis yang merangkumi sahsiah, minda, keusahawanan dan teknologi
  • Calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang di dalam ujian di atas akan dipanggil untuk temu duga;
  • Empat puluh (40) orang calon-calon yang berjaya perlu menjalani latihan selama seminggu;
  • Selepas latihan, para infomediaries akan memulakan aktiviti-aktiviti merapatkan jurang digital yang dirancang di seluruh negeri Perak disamping mengendalikan aktiviti keusahawanan yang memberi pulangan keuntungan.

Permohonan calon-calon akan disenarai pendekkan berpandukan  ciri-ciri  berikut:

  • Kelayakan akademik
  • Pemegang ijzah sarjana muda atau diploma dalam mana-mana bidang;
  • Lulusan dalam bidang teknologi maklumat diutamakan.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan;
  • Menetap di negeri Perak;Memiliki kenderaan sendiri.


 

Hak Cipta Terpelihara