INFOMEDIARIES – SIAPAKAH MEREKA DAN APAKAH PERANAN MEREKA
Infomediaries adalah:
- Duta-duta muda ICT;
- Berperanan sebagai usahawan kemasyarakatan;
- Menjelajah kampung dan desa membantu mewujudkan komuniti celik ICT;
- Sentiasa mempelajari ilmu dan perkembangan ICT terkini;
- Dan berkongsi maklumat dengan pengguna-pengguna ICT yang semakin meningkat di Perak.
Infomediaries akan dijana menerusi latihan yang diberikan kepada graduan-graduan muda yang berkelayakan di negeri Perak.
Para infomediaries ini akan berfungsi sebagai usahawan kemasarakatan yang menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan bukan hanya setakat keuntungan semata-mata. Skim penjanaan infomediaries ke arah usahawan kemasyarakatan diharapkan akan dapat mewujudkan usahwan muda yang berjaya tanpa mengharapkan pergantungan kepada kerajaan untuk terus membiayai aktiviti mereka. Infomediaries akan dilengkapkan dengan keupayaan menyediakan pelan perniagaan dan mancari sumber-sumber pendapatan sendiri.
Skim francais yang diwujudkan khas untuk mencapai matlamat di atas adalah seperti berikut:
- Menerusi skim ini, KPerak INC Corporation berperanan sebagai franchisor, pemilik harta intelektual segala metodologi dan ukuran-ukuran prestasi;
- Para infomediaries akan dilatih menerusi metodologi-metodologi ini dan mereka akan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disarankan dan berfungsi sebagai franchisee.
- Para infomediaries perlu memenuhi syarat-syarat prestasi yang ditetapkan dan menyediakan laporan-laporan yang diperlukan kepada KPerak INC Corporation.
|